Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Puisi : Kau Terluka


Sahabat,
Telah sekian lama kita bersama,
Mengharungi saat suka dan duka,
Menjalani kehidupan dengan penuh hilai tawa,
Terkadang menangis kecewa,
Memenuhi ilmu di dada,
Hanya untuk satu tujuan,
Iaitu, mencapai cita-cita,
Dalam kehidupan,

Suatu ketika dahulu,
Aku pernah terlena,
Aku pernah merana,
Aku pernah menderita kecewa,
Dan di saat itu kau hadir menemaniku,
Kesabaran kau menyinari hidupku,
Kesetiaan kau berada di sisiku,
Melayani karenah aku,
Tanpa pernah rasa jemu,
Terima kasih teman!
Terima kasih!

Hari demi hari,
Kita semakin dewasa,
Aku semakin mengenali dirimu yang sebenar,
Keaslianmu semakin terserlah,
Tidak pernah aku duga,
Wajahmu yang ceria menyimpan seribu derita,
Ketenangan yang terpamer hanya sendiwara,
Segala-galanya hanya dusta!
Hiasan semata-mata,

Rupanya sahabat,
Kau terseksa!
Kau merana!
Kau kecewa!
Aku sebagai sahabat langsung tidak mengetahuinya,
Mengapa teman?? Mengapa??
8 tahun! 8 tahun kau menutup segalanya,
Kau menanggung sendirian,
Tanpa ada sesiapa memberi semangat,
Apa guna aku sebagai teman??
Andai aku tidak mampu membantumu,
Maafkan aku teman,
Kerana tidak pernah hadir saat kau kesedihan,

Sahabat,
Aku terlalu menyayangimu,
Kerana aku cuma ada kau seorang,
Aku tiada siapa-siapa lagi dalam kehidupanku,
Andai suatu masa nanti kita ditakdirkan berpisah,
Kau harus ingat,
Aku tetap ada untukmu,
Aku tetap setia mendengar luahanmu,
Aku tetap rela berkorban untukmu,
Kerana.....
Kerana kau sahabat sejati hidupku,
Kenangan indah kita bersama,
Akan aku simpan rapi di sudut ingatan dan sanubariku...
Frenz 4ever... (AQ-E)

0 komentar:

Posting Komentar

 

free counters

Followers Bu-Share

Jam Sekarang
Tanggal
Salam Sapa :
Status Admin : Online*
User : User Online