Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Lengkap dengan sopan adapnya
Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Bahasa cabul patang larangnya
Ikan perkasam siikan gelama
Duduk tersimpan di dalam baki
Yang Islam dibunuh kerana agama
Melayu berbunuh kerana dengki?
Fitnah itu tiada ampunnya
Kerana dosa sesama manusia
Mulut celupar amat cabulnya
Jangan disebut yang sia-sia
Sekular mengutuk tidak bermoral
Di sisi ugama hina dina
Mulut celupar bagai tak sara
Bergaul bebas jantan betina
Roti kaya airnya bandung
Jadi hidangan datuk panglima
Biar pun kaya 7 gedung
Tidak sembahyang tiada berguna
Padi sedang tumbuh subur
Senduduk menumpang bayang
Menangis badan dipinggir kubur
Teringat hidup tidak sembahyang
Logam emas dibuat dinar
logam besi dibuat dawai
Kalau tak berani berkata benar
Tak usah hendak jadi pegawai
Di tepi kali saya menyinggah
Menghilang penat menahan jerat
Orang tua jangan disanggah
Agar selamat dunia akhirat
Kalau memakai baju lusuh
Habis diguna emas dipinggang
Sahabat akan jadi musuh
Sanak saudara jadi renggang |
0 komentar:
Posting Komentar