Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Puisi : Bicara Buat Dua Hati


Di malam ini
Aku kembali membuka lembaran sehelai kertas
Berbekalkan tinta nan basah
Ditemani gerimis yang turun nun jauh dari angkasa
Dan bunyian bertali arus kesesakan kota

Di malam ini
Izinkan aku berbicara
Bicara buat dua hati
Yang kini sedang bertaut di pintu hatiku
Mengusik-ngusik kotak mindaku

Sedikit masa lalu
Sekeping hati
Telah hadir menemani diri ini
Saat aku kesedihan meratap pemergian insan lalu
Dan saat aku dahagakan seorang insan sebagai teman bicara

Hadirnya
Mengungkapkan hilai tawa di hati gersangku
Aku tersenyum kembali
Meniti hari-hari mendatang bersama dia yang setia menemani


Masihku ingat
Di suatu malam dia berbicara
“ Dia jangan lupakan kita ya. Bagi kita, dia adalah lelaki yang amat memahami perasaan kita”
Suatu pujian dia lontarkan ke telinga ku
Aku sedikit terharu
Mengapa?
Mengapa?

Namun kini,
Aku telah memulakan kembali dunia hidupku
Berada di suatu tempat yang baru
Bertemankan suatu panorama yang indah

Ku sangkakan tiada lagi insan yang ku akan temui di sini
Ku sangkakan tiada lagi cinta yang akan bersemi di sini
Tapi
Aku silap
Kerana di suatu saat
Aku terpandangkan suatu bayang
Bayang seorang wanita yang selama ini ku dambakan
Wanita yang meletakkan agama itu di atas
Membatasi segala-galanya
Wanita yang bicaranya tiada tersasul dengan kata yang sia-sia
Dan wanita itu…
Sukar bagiku untuk bayangkan dengan kata-kata

Kini
Bayang wanita itu kian mendekat ke arahku
Aku dijadikan tempat bergantung hidup
Aku dijadikan pelabuhan untuk berkongsi cerita
Cerita duka
Cerita tawa
Dan segala macam cerita lagi

Tapi
Bagaimana dengan hati itu?
Hati yang selama ini menemaniku
Di saat aku berduka
Di saat aku kecewa
Berdosakah aku?
Membuatkan hati itu terus menanti sesuatu yang tiada pasti
Aku keliru
Mengapa aku tiada perasaan buat hati itu?
Tiada?
Adakah aku pasti?
Aku keliru
Adakah aku ada menyimpan perasaan buat hati itu?
Aku tidak pasti
Bagaimana aku harus mencintainya
Seandainya aku tiada mengenali hati itu dari dekat
Bagaimana aku harus menyayanginya
Seandainya lebuhraya kehidupan aku bersama dia masih samar
Samar dalam kegelapan
Maafkan aku duhai hati
Aku tiada bisa meneruskan perasaan ini buatmu
Aku tiada mahu kau merana di suatu masa nanti
Seandainya kau kehilangan aku
Aku sendiri tiada mampu memberikan kau apa-apa
Kerana diriku ini masih serba kekurangan
Carilah dan tempuhilah perjalanan hidupmu itu
Persiakan aku di sini
Kerana aku rasa bersalah buat dirimu
Maafkan aku seandainya selama ini aku membuahkan segugus harapan di hatimu
Maafkan aku kerana membuatkan kau terluka
Aku mendoakan agar ada seorang insan
Yang bakal menjemputmu
Dan membawamu ke lembah kebahagiaan
Yang kekal abadi
Maafkan aku kerana tiada bisa menerimamu
Ketahuilah
Aku tiada mampu bersamamu
Kerana aku dan dirimu
Tiada suatu masa hadapan yang dapat menjamin cinta ini terus bersemi
Lebih baik kau kehilangan aku kini
Daripada kau kehilangan aku di suatu masa nanti
Maafkan aku duhai hati…



Kepada wanita itu
Wanita yang meletakkan agama itu mengatasi segala-galanya
Aku menginginkan kau setia
Andainya aku insan yang kau pilih buat menemanimu
Aku menginginkan kau jujur
Dalam perhubungan ini
Kau sendiri pernah berkata
Di suatu masa nan lalu
“ Saya ingin mengenali awak dengan lebih mendalam”
Kan ku simpan kata itu
Sebagai bukti andainya cinta itu bersemi
Suatu saat nanti
Akan ku luahkan segala yang tersimpan di hati kecilku
Dan aku jua ingin mendengar apa yang tersimpan di hati sucimu
Kerana itu adalah janji yang telah kita pateri
Sedikit masa lalu

Di malam ini
Aku kembali menulis
Menulis bicara buat dua hati
Dua hati yang terpaksa ku pilih
Sukar bagiku untuk semua ini
Ku hanya mengharapkan sekalung kemaafan
Buat satu hati yang kini kecewa kerana ku
Maafkan aku
Aku menghargaiku kehadiranmu
Tapi
Aku tiada bisa bersamamu
Dan tiada bisa menerima cinta sucimu
Aku mendoakan kebahagiaanmu
Maafkan aku

Kepada satu hati lagi
Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku
Aku menghargai semua ini
Semoga kau bahagia di sampingku

Ketahuilah
Sukar bagiku untuk semua ini

0 komentar:

Posting Komentar

 

free counters

Followers Bu-Share

Jam Sekarang
Tanggal
Salam Sapa :
Status Admin : Online*
User : User Online